Saturday 12 January 2013

Video Suasana Pak Mie Shelter

Dari FB Jamil Kucing dan Youtube  BBCatLover







Anjing Dicantas Ekor

Pada satu pagi seorang perempuan telah memberitahu Pakmi ada seekor anjing telah dicantaskan ekornya. anjing tu adalah anjing liar, bukan anjing peliharaan. Pakmi pun bergegas ke tempat itu dan memujuk anjing tu supaya dapat dipgg dan dibelai. anjing tu nampaknya berada dalam ketakutan pada mulanya... setelah dipujuk, dia boleh dibawa balik ke shelter pakmi.. secara kebetulan, micheal, devi raj dan m.c. don devil bersama dengan bala dan venius lim.. minta ke pejabat doktor haiwan untuk dirawat.. dan kami berjumpa dengan Mr Ho.. Terima kasih kepada Mr Ho yang ambil tindakan segera tanpa melengahkan masa..... 




Anjing Menganas Kerana Tiada Tuan

Seekor anjing ni,Pak Mi ambil dari taman mergong berdekatan dengan taman rakyat, seorang perempuan bernama Lim memberitahu ada seekor anjing yang menganas, kerana sering dipukul oleh orang disekeliling, jadi tuan punya anjing tidak ada kerana sudah pindah, jadi pakmi terpaksa memujuk anjing tersebut selama 3 jam. setelah dipujuk, pak mi mengangkat dan memotong rantai besi dilehernya yang ditanggung selama ini,,



Anjing Pak Mie Mendapat Wheel Chair dari Penang





Goh Teck Chuan
Recently as dog wheelchair made me embarrassed.
Seems a bit like a star. Am grateful for your recognition and appreciation.
I will work even harder to stray dogs and cats were made free of his wheelchair. Thanksgiving dogs and cats can have one for me.
, As well as their masters they are not successful. I was little pay, for stray dogs and cats, real people, and I have great admiration for people are the owners of stray dog shelters.
They are really great love, daily pay, life responsibilities. There are many helping stray dogs and cats and insurer said. You are the man I admire ~

Pak Mie selamatkan anjing di Simpang Kuala




Keratan Akhbar





Keratan di Internet

Bela 400 ekor Anjing Dan Kucing Sampai Sanggup Tidur Bersama

Biarpun dicemuh masyarakat kerana membela lebih 400 anjing, ia tidak menghalang pasangan suami isteri, Md Azmi Ismail, 54, dan Halija Idris, 64, untuk terus memelihara haiwan berkenaan di Belakang Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, Alor Setar, Kedah.  Md Azmi berkata, tidak terlintas untuk membela haiwan berkenaan, tetapi terdetik hati untuk menjaga dan merawat haiwan itu apabila kasihan melihat anak anjing cedera di dalam longkang berhampiran sebuah pasar raya, kira-kira 10 tahun lalu.

Katanya, sejak itu dia dan isteri akan membawa pulang seberapa banyak anjing terbiar yang dijumpai di jalanan ke rumah mereka di Taman PKNK, sebelum mengambil keputusan berpindah ke kabin yang dihuni sekarang. Menurutnya, mereka sudah lali mendengar cemuhan orang ramai apabila melihat mereka memegang anjing.

“Dulu, saya hanya memberi makan anjing dan kucing di kawasan perumahan, namun berikutan pandangan tidak senang jiran, kami mengambil keputusan berpindah dari situ. Bermula dengan seekor anjing, kini bilangannya mencecah 420 anjing pelbagai jenis serta 200 kucing,”

Bekas pekerja kontrak itu berkata, setiap hari isterinya menyediakan makanan untuk semua haiwan terbabit yang memerlukan lebih 40 kilogram (kg) beras dan 10 kg ikan membabitkan kos RM500. Katanya, selain memberi makanan kepada semua haiwan di situ, mereka berdua merawat anjing atau kucing yang sakit, malah di pusat perlindungan haiwan terbiar itu ada kira-kira enam anjing kurang upaya, termasuk menghidap penyakit ala sindrom down dan kanser kulit.

“Walaupun terpaksa menanggung kos tinggi, kami gembira kerana sehingga kini saya tidak pernah berdepan dengan masalah dalam menyediakan makanan dan ubat-ubatan. Banyak pihak terutama individu tampil membantu menaja makanan serta ubat untuk haiwan di sini, serta membina tempat perlindungan baru yang berharga lebih RM30,000,”

Menurut Md Azmi, haiwan di situ bagaikan anak-anaknya dan mereka suami isteri tidak sanggup menjual haiwan itu walaupun pernah ditawarkan lebih RM1,000. Bagi Halijah, biarpun pernah dicakar haiwan berkenaan, namun dia tidak benci, sebaliknya semakin sayang dan akan terus membela haiwan itu.

“Masa kami suami isteri banyak dihabiskan untuk haiwan di sini walaupun kami terpaksa tidur dalam kabin dikelilingi haiwan comel ini. Saya gembirakerana dapat berbakti kepada anugerah Allah ini walaupun dipandang serong masyarakat. Namun, keikhlasan kami turut dihargai sesetengah pihak hingga ada yang sudi menanggung kos ubat atau rawatan haiwan yang sakit,”

Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia tidak pernah menyesal dengan tindakan mereka berpindah dari rumah sendiri dan tinggal dalam kabin semata-mata ingin menjaga haiwan terbiar.

Friday 11 January 2013

Cerita Sinar Harian

Utara
Suami isteri sanggup dicemuh, bela haiwan terbiar
SHAHNI FARHANA MAT SAHIR
18 Oktober 2012
  
Md Azmi memberi makan kepada kucing yang dijangkiti penyakit barah kulit.
ALOR SETAR - Sepasang suami isteri sanggup tinggal di kabin dan berdepan dengan cemuhan masyarakat semata-mata atas dasar sifat kemanusiaan yang sanggup memelihara kucing dan anjing terbiar.

Pada awalnya, bekas pekerja kontrak, Md Azmi Ismail, 54, hanya memberi makan pada haiwan terbiar di sekitar pusat bandar dan membawa pulang kucing yang sakit untuk dirawat.

Md Azmi berkata, peringkat awal, dia hanya memelihara kira-kira 60 kucing sahaja dan kini bilangan yang dipelihara semakin bertambah bilangannya kepada 200 ekor.

Menurutnya, atas rasa simpati yang sama, dia dan isteri, Halijah Idris, 64, turut memberi rawatan kepada anjing terbiar yang sakit.

“Dahulu kami hanya memberi makan dan merawat anjing yang terbiar sahaja dan tidak bawa pulang kerana tinggal di kawasan perumahan, namun apabila pindah di kawasan tanah lapang di sini, barulah kami membawa pulang anjing yang sakit.

“Terdapat juga haiwan di sini yang dihantar oleh pemiliknya untuk kami pelihara dan beri rawatan terutama bagi haiwan yang sakit,” katanya ketika ditemui di Tanjung Bendahara.

Md Azmi berkata, biarpun terpaksa berdepan dengan cemuhan masyarakat disebabkan memelihara anjing, namun dia tidak menghiraukannya kerana dia tidak sanggup melihat haiwan berkenaan terbiar tanpa diberi perhatian.

Katanya, tempat tinggalnya yang bersebelahan dengan sungai memudahkan dia dan Halijah untuk menyamak selepas memegang anjing.

Dia berkata, setiap haiwan yang dibawa pulang untuk rawatan, akan dipelihara sehingga haiwan itu mati dan tidak akan dijual walaupun ditawarkan dengan harga tinggi.

“Ramai yang datang berjumpa dan mahu membeli haiwan di sini, apatah lagi apabila mereka melihat anak anjing yang comel namun saya enggan menjualnya.

“Biarpun saya dan isteri terputus bekalan makanan, namun kami akan keluar mencari makanan untuk haiwan yang dipelihara sehingga kami pernah berhutang,” katanya.

Bagi Halijah, minatnya terhadap kucing sejak kecil mendorong dia untuk belajar teknik merawat haiwan dengan cara yang betul.

Menurutnya, walaupun pernah dicakar kucing namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus memelihara haiwan berkenaan.

“Setiap hari saya akan masak kira-kira 40 kilogram (kg) beras, manakala 10kg ikan untuk diberi makan kepada haiwan di sini.

“Selain kucing dan anjing, kami juga membantu merawat haiwan lain seperti monyet yang kami temui di sini dalam keadaan sakit,” katanya.

Sementara itu, seorang tokoh agama yang enggan dikenali ketika dihubungi Sinar Harian berkata, memelihara anjing bagi tujuan memburu adalah dibenarkan namun bagi tujuan perhiasan adalah dilarang.

Menurutnya, pemilik perlu memastikan mereka dalam keadaan kering sebelum memegang haiwan itu dan perlu menyamak semula.

Keratan Harian Metro

Lali cemuhan masyarakat

Oleh Nordiana Shafiee
am@hmetro.com.my

ALOR SETAR: Biarpun dicemuh masyarakat kerana membela lebih 400 anjing, ia tidak menghalang pasangan suami isteri, Md Azmi Ismail, 54, dan Halija Idris, 64, untuk terus memelihara haiwan berkenaan di Belakang Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, dekat sini.
Md Azmi berkata, tidak terlintas untuk membela haiwan berkenaan, tetapi terdetik hati untuk menjaga dan merawat haiwan itu apabila kasihan melihat anak anjing cedera di dalam longkang berhampiran sebuah pasar raya, kira-kira 10 tahun lalu.

Katanya, sejak itu dia dan isteri akan membawa pulang seberapa banyak anjing terbiar yang dijumpai di jalanan ke rumah mereka di Taman PKNK, sebelum mengambil keputusan berpindah ke kabin yang dihuni sekarang.
Menurutnya, mereka sudah lali mendengar cemuhan orang ramai apabila melihat mereka memegang anjing.

“Dulu, saya hanya memberi makan anjing dan kucing di kawasan perumahan, namun berikutan pandangan tidak senang jiran, kami mengambil keputusan berpindah dari situ.

“Bermula dengan seekor anjing, kini bilangannya mencecah 420 anjing pelbagai jenis serta 200 kucing,” katanya yang ditemui di sini, semalam.
Bekas pekerja kontrak itu berkata, setiap hari isterinya menyediakan makanan untuk semua haiwan terbabit yang memerlukan lebih 40 kilogram (kg) beras dan 10 kg ikan membabitkan kos RM500.

Katanya, selain memberi makanan kepada semua haiwan di situ, mereka berdua merawat anjing atau kucing yang sakit, malah di pusat perlindungan haiwan terbiar itu ada kira-kira enam anjing kurang upaya, termasuk menghidap penyakit ala sindrom down dan kanser kulit.
“Walaupun terpaksa menanggung kos tinggi, kami gembira kerana sehingga kini saya tidak pernah berdepan dengan masalah dalam menyediakan makanan dan ubat-ubatan.

“Banyak pihak terutama individu tampil membantu menaja makanan serta ubat untuk haiwan di sini, serta membina tempat perlindungan baru yang berharga lebih RM30,000,” katanya.

Menurut Md Azmi, haiwan di situ bagaikan anak-anaknya dan mereka suami isteri tidak sanggup menjual haiwan itu walaupun pernah ditawarkan lebih RM1,000.

Bagi Halijah, biarpun pernah dicakar haiwan berkenaan, namun dia tidak benci, sebaliknya semakin sayang dan akan terus membela haiwan itu.

“Masa kami suami isteri banyak dihabiskan untuk haiwan di sini walaupun kami terpaksa tidur dalam kabin dikelilingi haiwan comel ini.

“Saya gembira kerana dapat berbakti kepada anugerah Allah ini walaupun dipandang serong masyarakat. Namun, keikhlasan kami turut dihargai sesetengah pihak hingga ada yang sudi menanggung kos ubat atau rawatan haiwan yang sakit,” katanya.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia tidak pernah menyesal dengan tindakan mereka berpindah dari rumah sendiri dan tinggal dalam kabin semata-mata ingin menjaga haiwan terbiar.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/20

Koleksi Anjing Pak Mie

Terdapat lebih daripada 400 ekor anjing yang dibela oleh Pak Mie, tak percaya? Mari kita lihat, gambar akan ditambah kemudian.



Koleksi Kucing Pak Mie

 Menurut Pak Mie, beliau mempunyai kucing sebanyak 200 ekor dan lebih, ini adalah sebahagian gambar-gambar kucing yang berjaya ditangkap, dan akan ditambah kemudian, klik untuk melihat gambar-gambar kucing di Pak Mie Shelter

LIHAT