Adoption


Tujuan Shelter ini dibina adalah untuk melindungi haiwan-haiwan yang terbiar. Namun, bilangan haiwan terbiar semakin lama semakin bertambah. Bagi Pak Mie, haiwan yang dipeliharanya ini adalah ibarat ahli keluarganya sendiri, Memang sukar bagi beliau untuk memberi haiwan-haiwan beliau kepada orang lain kerana Pak Mie telah menjaganya daripada sakit hingga menjadi sihat dan daripada comot menjadi lebih comel dan bersih.

Namun, sekiranya anda mampu untuk menjaga anjing dan kucing ini dengan baik, Pak Mie akan memberikan kucing dan anjing ini kepada anda dengan syarat anda dapat memelihara haiwan dengan memberi perlindungan dan makanan yang secukupnya. Haiwan-haiwan ini bukan untuk dijual dan bukan untuk diberi kepada pihak lain. Pak Mie mempunyai hak untuk menghubungi pihak yang mengambil haiwan beliau untuk mengetahui tentang haiwan tersebut dan anda boleh memulangkan haiwan tersebut balik sekiranya anda tidak boleh menjaga haiwan tersebut. Sila datang berjumpa Pak Mie untuk keterangan lanjut.