Sunday, 24 February 2013

Akhbar Sinar Harian

Pelihara 700 anjing

MD Azmi bermain bersama anjing peliharaannya di Alor Setar.

“Semua haiwan ini umpama anak- dan saya tidak akan menjual mereka, sebaliknya akan terus membela semuanya sehingga saya mati,” kata Md Azmi Ismail, 55, yang memelihara kira-kira 700 anjing dan lebih 100 kucing yang dikutip bersama isterinya, Halija Idris, 65, dari jalanan.

Bekas kontraktor itu berkata, dia sudah lali dicemuh masyarakat dan dianggap pelik kerana sanggup tinggal bersama ratusan haiwan itu di pusat perlindungan diuruskannya di tanah rizab kerajaan kira-kira 500 meter di belakang Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini.

“Saya sudah lali dicemuh, tetapi sifat menyayangi haiwan membuatkan saya dan isteri sentiasa tabah berdepan cabaran,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Pak Mi.

Menurutnya, sebelum ini dia pernah ditawarkan harga lebih RM1,000 oleh pihak yang ingin membeli anjing peliharaannya, tetapi dia menolak kerana perasaan sayang pada haiwan peliharaanya itu.

Pak Mi berkata, biarpun apa jua tanggpan negatif masyarakat terhadapnya dia akan terus memelihara haiwan berkenaan kerana kasihan melihat nasib anjing dan kucing yang terbiar di tepi jalan.

myMetro 22 Feb 2013



Penganut Islam dibenar bela anjing

Alor Setar: Orang ramai khususnya yang beragama Islam dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan tertentu, tetapi diwajibkan melakukan samak jika terkena jilatan atau air liur atau bersentuhan (basah) dengan haiwan berkenaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, bagi isu Md Azmi Ismail, 55, atau Pak Mi yang memelihara kira-kira 700 anjing, dia dan isterinya berbuat demikian kerana terlalu menyayangi binatang terbiar itu.

Menurutnya, perlakuan manusia sama ada harus atau sebaliknya banyak bergantung pada niat seseorang, namun anjing yang dibela dengan tujuan membantu menjaga ternakan seperti ayam atau itik adalah diharuskan.

“Dalam surah al-Maidah diterangkan bahawa anjing yang diajar dan terlatih harus digunakan seperti berburu dan harus makan buruannya, cuma keadaannya yang najis memerlukan kita untuk menyamak jika tersentuh anjing berkenaan.

“Sebahagian ulama tafsir menyatakan bahawa ar-Raqiim adalah nama seekor anjing yang menyertai pemuda Ashaabul Kahfi. Sebenarnya, sebelum Eropah memperkenalkan organisasi pencinta binatang, al-Quran dan sunnah sudah menganjurkan untuk memelihara dan menyayanginya, berkaitan anjing yang ditemukan dalam al-Quran dan al-Hadis dalam bentuk kemanusiaan.

“Perkara ini sesuai dengan kedudukan manusia sebagai Khalifah di muka bumi. Al-Quran juga membolehkan menggunakan anjing dan binatang buas yang diajar untuk berburu dan hasil buruannya, selama tidak dimakannya walau sedikit adalah halal dimakan oleh sesiapa pun,” katanya.

Beliau berkata, dalam pada itu, Nabi Muhammad SAW juga menegaskan dalam sebuah hadis bahawa ada seorang bergelumang dengan dosa, tetapi dosanya diampunkan Allah kerana memberi minuman kepada seekor anjing yang kehausan.

“Tafsir Hamka mengatakan perintah membunuh anjing merujuk kepada penyakit anjing gila yang menular ketika itu dan baginda memerintahkan supaya dihentikan pembunuhan anjing. Selepas itu Rasulullah nyatakan bahawa anjing termasuk umat Allah yang dijaga kebajikannya.

“Selepas dikumpul semua hadis, dapat dibuat kesimpulan adalah harus memelihara anjing yang terlatih seperti untuk berburu, menjaga kebun, keselamatan dan keperluan yang bermanfaat,” katanya.

myMetro 22 Feb 2013





7 comments:

  1. Bahagianya Pak Mie dan Mak Intan dikelilingi oleh 'anak-anak' yg begitu manja dengan mereka berdua

    Semoga Tuhan mengurniakan rezeki yang melimpah-ruah kepada Pak Mie dan Man Intan....serta membalas amal-baik mereka dengan syurgaNya di sana.......

    ReplyDelete
  2. I'm so moved & heart-warming when watching this Pak Mie's story !
    If the cruellest "self-proclaimed" Sulu Sultan Jamalul Kiram III to have the same kind-hearted & respect lifes ,what had happened in Sabah will not be happened and our 8 heroes will not lost their lives ! Kudos & Salute to Pak Mie & his wife , you saved all the dogs & lives !

    Menghormati Pak Mie setinggi-tingginya kerana berhati baik menjaga banyak anjing2 yang tercedera ,yang dibuang pemiliknya, saya salute pada mu ,terima kasih Pak Mie : )

    ReplyDelete
  3. ....... perlu diperbetulkan tulisan artikel di atas dalam tajuk "Penganut Islam dibenar bela anjing" perenggan 4 dikatakan "Dalam surah al-maidah....sehingga perkataan....tersentuh anjing"....sebenarnya ini salah kerana di dalam al-Quran dan mana-mana hadis sahih tidak terdapat ayat yang mengatakan anjing itu najis. Anjing buruan dalam hadis sahih ada (Rujuk hadis riwayat Bukhari)

    ReplyDelete
  4. Pak Mie will always be in my heart.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..semoga kehidupan pak mie dn isteri diberkati. saya sangat memahami perasaan pak mie dan isteri..saya juga membela haiwan kucinh dan anjing..saya juga seorang muslim.

    ReplyDelete
  6. Di gabung bersama kami di JPSPOKER untuk hari ini kami memberikan bonus NEWMEMBER 10.000 Ribu
    lhooo , dan untuk persentase WD besar lho di JPSPOKER, yuk langsung saja kunjungi Customer Service kami dan segera daftar kan diri anda !!!
    hanya di J P S P O K E R , L I V E

    ReplyDelete